Bersempena Hari Belia Antarabangsa, ulang tahun ke-72 Konvensyen-Konvensyen Geneva pada 12 Ogos, Hari Kemanusiaan Sedunia pada 19 Ogos serta Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Total Senjata Nuklear pada 26 September, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menganjurkan Pertandingan Kuiz Young Humanitarian Dalam Talian sepanjang bulan September dan Oktober 2021 untuk mempromosikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA). Untuk meningkatkan pemahaman ahli BSMM dan orang awam mengenai pergerakan, aktiviti kemanusiaan BSMM dan UUKA; Untuk menggalakkan penggunaan platform dalam talian bagi mempromosikan UUKA, nilai-nilai kemanusiaan dan aktiviti-aktiviti BSMM; Untuk mempromosikan nilai kesukarelawanan demi usaha kemanusiaan terutamanya pada masa memerangi COVID-19 Untuk melibatkan warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum dalam talian sebagai alternatif kepada aktiviti kokurikulum secara bersemuka.
MALAYSIAN RED CRESCENT | SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3